Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut dan Udara (PASKAD MALAYSIA) bersama Pejabat Penyelaras DUN Paya Jaras telah menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan di sekitar daerah Sungai Buloh, Selangor pada 23/03/2025.

Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut dan Udara (PASKAD MALAYSIA) bersama Pejabat Penyelaras DUN Paya Jaras telah menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan beberapa agensi kerajaan di sekitar daerah Sungai Buloh, Selangor.

Seramai 20 orang ahli  PASKAD Malaysia berkonvoi ke tiga destinasi terpilih bagi mengagihkan lebih 200 bungkus makanan dan minuman untuk sahur pada 23/03/2025 bermula jam 12.30 pagi.

Program ini diketuai oleh Tuan Kapten (B) Mohamad bin Mohd Isa (Ketua Pengarah PASKAD Malaysia), Tuan Mohd Latif bin Daud (Timbalan Ketua Pengarah PASKAD Malaysia), Tuan Khairul Nizam bin Jamil (Pengarah Bahagian Pengurusan, Pentadbiran dan Dasar), Tuan Mohd Bukhari bin Ishak (Pengarah Bahagian Ekonomi, Kewangan dan Audit), Tuan Khai (Pengarah Bahagian Integriti, Keselamatan dan Protokol), Tuan Md Rizal @ Surip bin Misran (Pengarah Bahagian Perhubungan Masyarakat Awam dan Antarabangsa), Puan Sofia binti Zambri (Pengarah Bahagian Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak) dan barisan ahli-ahli PASKAD Malaysia.

Antara agensi yang terpilih adalah Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sungai Buloh, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Sungai Buloh dan Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Konvoi PASKAD Malaysia telah disambut baik oleh DSP Tuan JumazanZahir bin Chek Ismail (Timbalan OCPD Sg Buloh), Tuan Shahrul Azlan (BOMBA Sg Buloh) dan Puan Kamaliah (Hospital Sungai Buloh).

Tujuan program Singgah Sahur diadakan adalah untuk menzahirkan penghargaan kepada para petugas yang menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat dan negara.

Organisasi PASKAD Malaysia mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pasukan beruniform, petugas kakitangan kerajaan dan rakyat diseluruh Malaysia.

































































































































































































































 

Popular posts from this blog

Kursus Survival Asas 1.0 yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut, dan Udara (PASKAD) pada 25 hingga 27 Oktober 2024.

Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Pasir Mas Kali Ke-6 pada 13/06/2025 jam 9.00 malam di Dewan Peladang Kangkong yang dirasmikan oleh Ayahanda Dato' Nashir bin Mohd Salleh iaitu Yang Dipertua Majlis Ayahanda PEKIDA Negeri Kelantan.

PERJUMPAAN SANTAI AHLI PASKAD NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA DENGAN WAKIL NGO DAN MASYARAKAT NEGERI MELAKA PADA 02-11-2024.