KELEBIHAN DOA HARI ARAFAH | 9 ZULHIJJAH Hari Arafah hadir lagi.

KELEBIHAN DOA HARI ARAFAH | 9 ZULHIJJAH Hari Arafah hadir lagi. 

Inilah hari yang Nabi SAW sebut sebagai hari paling banyak Allah bebaskan hamba-Nya daripada api neraka. Hari yang juga menyaksikan jutaan umat Islam berhimpun di padang Arafah dengan linangan air mata dan harapan menggunung. 

Saya ingin menyeru diri saya dan semua sahabat untuk tidak mensia-siakan hari ini. Perbanyakkan doa, mohon ampun, dan luahkan segala hajat kita kepada Allah. Semoga ia menjadi titik perubahan dalam hidup kita. 

Untuk sahabat-sahabat di Malaysia, mulakan doa seawal masuk 9 Zulhijjah. Jika mampu, berdoalah juga seiring waktu wukuf di Arafah waktu antara Zohor dan Maghrib di sana. Meskipun kita jauh, hati dan munajat kita boleh tetap bersama para jemaah di Tanah Suci. 

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR. Tirmizi)

Popular posts from this blog

Kursus Survival Asas 1.0 yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut, dan Udara (PASKAD) pada 25 hingga 27 Oktober 2024.

Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Pasir Mas Kali Ke-6 pada 13/06/2025 jam 9.00 malam di Dewan Peladang Kangkong yang dirasmikan oleh Ayahanda Dato' Nashir bin Mohd Salleh iaitu Yang Dipertua Majlis Ayahanda PEKIDA Negeri Kelantan.

PERJUMPAAN SANTAI AHLI PASKAD NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA DENGAN WAKIL NGO DAN MASYARAKAT NEGERI MELAKA PADA 02-11-2024.