Kursus Survival Asas 1.0 yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut, dan Udara (PASKAD) pada 25 hingga 27 Oktober 2024.

Kursus Survival Asas 1.0 yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut, dan Udara (PASKAD) selama 3 hari 2 malam di Murni Camp, Gopeng, Perak yang berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2024 adalah sangat bermakna untuk ahli PASKAD di seluruh Malaysia.

Sepanjang tempoh kursus dilaksanakan, Skuad Muda PASKAD Muhammad Khairul Syafaiz telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Penghulu atau Ketua Kursus Survival Asas 1.0 bagi memimpin platun tersebut sepanjang kursus itu dijalankan.

Pelbagai pengalaman, kemahiran dan praktikal yang menarik telah dipelajari sepanjang kursus tersebut seperti asas kemahiran hutan iaitu bertahan hidup di hutan, melakukan operasi pencarian dan menyelamat terhadap mangsa bencana, latihan kawad, disiplin diri dan kerjasama secara berpasukan.

Kami juga diajar berkomunikasi secara efektif menggunakan peralatan radio, mempelajari jenis ikatan tali, latihan kaedah menyelamatkan mangsa lemas di air dan diterapkan dengan ilmu semangat setiakawan dan cara hidup secara berdikari di hutan.

Kursus tersebut turut mendedahkan pelbagai ilmu pengetahuan berkenaan dengan organisasi PASKAD, mempelajari cara menulis laporan dan berinteraksi dengan betul, diterapkan dengan ilmu motivasi dan kepimpinan, melakukan aktiviti fizikal yang lasak dan bermanfaat.

Kami juga turut melakukan aktiviti mendaki dan menjelajah Gua Tempurung secara berkumpulan, membuat persembahan khas secara individu atau berkumpulan di pentas, memakai pakaian melayu berbusana dan turut diterapkan dengan tazkirah agama bagi meningkatkan semangat jati diri dan kerohanian yang kental.

Saya sangat berpuashati hati menyertai kursus ini dan mengajak saudara dan saudari untuk menyertai keahlian PASKAD tanpa rasa ragu agar diri kita sentiasa bersiap siaga dalam apa-apa bentuk bencana untuk membantu diri kita sendiri, keluarga kita, masyarakat dan juga negara pada masa yang diperlukan nanti. Perjuangan kita tidak akan disia-siakan selagi ia memberi manfaat kepada agama, bangsa dan tanah air.

Popular posts from this blog

Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Pasir Mas Kali Ke-6 pada 13/06/2025 jam 9.00 malam di Dewan Peladang Kangkong yang dirasmikan oleh Ayahanda Dato' Nashir bin Mohd Salleh iaitu Yang Dipertua Majlis Ayahanda PEKIDA Negeri Kelantan.

PERJUMPAAN SANTAI AHLI PASKAD NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA DENGAN WAKIL NGO DAN MASYARAKAT NEGERI MELAKA PADA 02-11-2024.