PROGRAM PASKAD NEGERI TERENGGANU DAN RELA KEMAMAN 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲.
PROGRAM PASKAD NEGERI TERENGGANU DAN RELA KEMAMAN 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲.
Aktiviti memasak bubur lambuk di Pusat Operasi dan Logistik RELA Kemaman bermula seawal 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada 11/03/2026.
Program gotong-royong memasak Bubur Lambuk telah diadakan dengan kerjasama antara RELA Kemaman dan NGO Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut dan Udara (PASKAD) Malaysia Negeri Terengganu
Sebanyak 2 periuk bubur lambuk berjaya disediakan iaitu 1 periuk daripada RELA Daerah Kemaman dan 1 periuk daripada PASKAD Malaysia Negeri Terengganu
Hasilnya, kira-kira 500 bekas bubur lambuk telah berjaya disiapkan dan diagihkan kepada penduduk sekitar serta agensi-agensi sahabat sebagai tanda kebersamaan dan semangat kemasyarakatan di bulan yang penuh keberkatan ini.
Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan beras kepada anggota RELA, APM dan MARITIM hasil sumbangan daripada Pemuda UMNO DUN Cukai bagi membantu meringankan beban anggota.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Muhammad Suhairi,
Pegawai Rela Daerah Kemaman dan Tuan Azman Said, Pengarah PASKAD Negeri Terengganu serta warga PASKAD dan RELA atas kerjasama dan kesudian berganding bahu dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha murni ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara agensi serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
#PASKADMalaysia
#NGOPASKAD
#VisiPASKAD
#MisiPASKAD
#SkuadPASKAD
#PerjuanganPASKAD
#KhidmatPASKAD
#DaratLautUdara
#PASKADTerengganu