Ciri-Ciri Orang Munafik
Berhentilah menceritakan setiap sejarah hidup atau masalah atau rahsia diri anda kepada kenalan atau kawan yang anda curiga atau tidak pasti adakah ia sama ada sahabat sejati atau musuh yang nyata atau musuh tersembunyi.
Musuh atau golongan orang munafik sangat suka untuk mengetahui semua hal tentang diri anda kerana ia merupakan suatu maklumat yang sangat penting tentang kelebihan dan kelemahan anda.
Apabila anda tidak diperlukan lagi atau anda perlu disingkirkan, maka maklumat anda adalah kelemahan anda atau senjata utama untuk menjatuhkan anda dengan mudah.
Apabila anda berhenti memberitahu kenalan atau kawan anda setiap hal-hal kehidupan dan kerahsiaan dan kelemahan anda, maka musuh anda akan sukar mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan anda, ia juga akan mengurangkan maklumat tentang diri anda untuk diketahui oleh musuh anda secara mudah.
Berhati-hatilah dengan siapa sahaja anda berkenalan atau berkawan kerana salah satu musuh yang paling menakutkan di dunia ini adalah mereka yang berpura-pura menjadi kenalan atau kawan baik anda, sedangkan mereka adalah orang-orang yang munafik bila-bila masa sahaja akan menyerang anda demi kepentingan peribadi - Muhammad Khairul Daniel...