PROGRAM PASKAD NEGERI TERENGGANU DAN RELA KEMAMAN 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲. Aktiviti memasak bubur lambuk di Pusat Operasi dan Logistik RELA Kemaman bermula seawal 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada 11/03/2026. Program gotong-royong memasak Bubur Lambuk telah diadakan dengan kerjasama antara RELA Kemaman dan NGO Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut dan Udara (PASKAD) Malaysia Negeri Terengganu Sebanyak 2 periuk bubur lambuk berjaya disediakan iaitu 1 periuk daripada RELA Daerah Kemaman dan 1 periuk daripada PASKAD Malaysia Negeri Terengganu Hasilnya, kira-kira 500 bekas bubur lambuk telah berjaya disiapkan dan diagihkan kepada penduduk sekitar serta agensi-agensi sahabat sebagai tanda kebersamaan dan semangat kemasyarakatan di bulan yang penuh keberkatan ini. Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan beras kepada anggota RELA, APM dan MARITIM hasil sumbangan daripada Pemuda UMNO DUN Cukai bagi membantu meringankan beban anggota. Setinggi-tinggi pe...
Kursus Survival Asas 1.0 yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Skuad Khidmat Darat, Laut, dan Udara (PASKAD) selama 3 hari 2 malam di Murni Camp, Gopeng, Perak yang berlangsung pada 25 hingga 27 Oktober 2024 adalah sangat bermakna untuk ahli PASKAD di seluruh Malaysia. Sepanjang tempoh kursus dilaksanakan, Skuad Muda PASKAD Muhammad Khairul Syafaiz telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Penghulu atau Ketua Kursus Survival Asas 1.0 bagi memimpin platun tersebut sepanjang kursus itu dijalankan. Pelbagai pengalaman, kemahiran dan praktikal yang menarik telah dipelajari sepanjang kursus tersebut seperti asas kemahiran hutan iaitu bertahan hidup di hutan, melakukan operasi pencarian dan menyelamat terhadap mangsa bencana, latihan kawad, disiplin diri dan kerjasama secara berpasukan. Kami juga diajar berkomunikasi secara efektif menggunakan peralatan radio, mempelajari jenis ikatan tali, latihan kaedah menyelamatkan mangsa lemas di air dan diterapkan dengan ilmu semangat setiakawan da...
Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Pasir Mas Kali Ke-6 pada 13/06/2025 jam 9.00 malam di Dewan Peladang Kangkong yang dirasmikan oleh Ayahanda Dato' Nashir bin Mohd Salleh iaitu Yang Dipertua Majlis Ayahanda PEKIDA Negeri Kelantan. Jurufoto: Tuan Danny KL