Isu kewarganegaraan (Stateless) Yang Masih Ramai dinafikan haknya atas faktor diskriminasi.
Isu Kewarganegaraan (Stateless) banyak berlaku terutamanya individu yang lahir di Sabah. Ada beberapa situasi iaitu (1) Individu memang keturunan Malaysia dengan hanya ada surat beranak sahaja dan ibu bapanya tidak membuat IC bila anaknya cukup umur, (2) Individu keturunan Malaysia yang tiada surat beranak ekoran ibu bapa mereka tidak hadir ke JPN daerah mohon surat beranak disebabkan faktor diskriminasi, jarak yang jauh, tidak berpengetahuan, kemiskinan dll, (3) Individu yang tiada surat beranak walaupun ibu bapa mereka keturunan Malaysia, kerana berkahwin secara adat dan tiada sijil perkahwinan yang sah dari Majlis agama Islam Malaysia sehingga sukar untuk mendapatkan IC Malaysia, (4) Salah satu ibu bapanya orang Malaysia, tetapi anaknya tidak di daftar di JPN ekoran Sijil Nikah Ibu bapa tiada atau Diskriminasi hak, (5) Lahir di Malaysia, tetapi ibu bapa mereka bukan warganegara negara Malaysia atau status kewarganegaraan dalam surat beranak adalah bukan warganegara, (6) merupakan warganegara asing yang yang membesar di negara Malaysia atau masuk ke negara Malaysia dengan menipu menyatakan warga negara Malaysia atau memiliki sijil lahir original dari pemilik lain atau memiliki sijil lahir palsu dan (7) beberapa lagi situasi lain yang terjadi isu ini yang sukar untuk memperolehi kewarganegaraan.
Ekoran daripada situasi ini akan menyebabkan (1) sukar untuk bergerak atau belajar atau berkahwin atau melakukan apa sahaja urusan rasmi, (2) terpaksa berkahwin secara adat sehingga menyebabkan generasi keturunan tidak mempunyai dokumen beberapa generasi, (3) Apabila ditangkap, pihak Pengguakuasa atau mahkamah tidak dapat menentukan status kewarganegaraan negara asal dan tidak boleh menentukan mereka untuk dihantar ke negara mana kerana mereka juga tidak mempunyai status warganegara lain seperti Indonesia atau Filipina atau Thailand atau lain-lain menyebabkan akhirnya mereka dibebaskan, (4) mereka sering diperas ugut atau diminta wang oleh bila ditahan oleh segelintir Pengguatkuasa yang tidak bertanggungjawab, (5) banyak akan berlaku diskriminasi hak kepada mereka terutamanya kepada mereka yang betul-betul berasal atau berketurunan Malaysia.